PGA patahkan kegiatan seludup rokok

PGA merampas pelbagai rokok seludup bernilai RM256,000 dalam operasi di Tanjung Sepat, Kuala Langat, hari ini.
PGA merampas pelbagai rokok seludup bernilai RM256,000 dalam operasi di Tanjung Sepat, Kuala Langat, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia mematahkan kegiatan penyeludupan rokok bernilai RM256,000 dalam serbuan berasingan di Pekan Tanjung Sepat, Kuala Langat, hari ini.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Zulafendy Hassan berkata, dalam operasi bermula jam 6 pagi, dua lelaki tempatan berjaya ditahan.

"Tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki berumur 51 tahun yang menaiki Toyota Alphard.

"Hasil pemeriksaan menjumpai 21 kotak rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM130,000 yang disembunyikan di dalam kenderaan dengan ditutupi kain hitam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tangkapan kedua kira-kira 15 minit kemudian membabitkan seorang lelaki berumur 52 tahun.

Katanya, pemeriksaan pada kenderaan jenis Toyota Estima milik lelaki terbabit menjumpai 18 kotak rokok seludup pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM126,000.

"Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Tanjung Sepat untuk tindakan lanjut.

Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 135C Akta Kastam 1959/63," katanya.

Artikel Berkaitan: