Wany Hasrita tunai haji atas 'tiket' kerajaan Arab Saudi

Penyanyi, Wany Hasrita
Penyanyi, Wany Hasrita
A
A
A
PELANTUN lagu popular Menahan Rindu, menyifatkan 'tiket' atau jemputan daripada kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini adalah sesuatu yang cukup istimewa.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Wany Hasrita atau nama penuhnya Nurshazwani Hasrita, 27, memberitahu, pada awalnya dia tidak mahu berkongsi fasal perkara ini kerana belum mendapat pengesahan lanjut.

Begitupun, selepas mendapat pengesahan daripada pihak sana, Wany bersyukur.

"Saya ikutkan tak mahu kongsi dulu, takut nanti di akhir waktu tak dapat. Alhamdulillah syukur, saya bakal melaksanakan haji bersama-sama Amira Othman, selepas dimaklumkan kelmarin oleh kerajaan sana saya diterima.

"Menurut pihak Kementerian Media Arab Saudi, iaitu En Fahim, selain saya dan Amira terdapat beberapa media agensi lain yang akan turut serta musim haji pada kali ini.

"Kebetulan jadual kerja saya juga mengizinkan jadi saya tak mahu lepaskan peluang keemasan ini. Doakan semoga saya selamat pergi dan pulang dan semoga ibadah haji saya diterima-NYA," katanya yang baru sahaja mendapatkan visa haji.

No Image Caption

Wany dan Amira akan berangkat pada jam 4 petang 7 Ogos dan pulang ke tanah air pada 16 Ogos.

Ditanya adakah Wany berdebar? Jawabnya:

Artikel Berkaitan:

"Alhamdulillah saya tak begitu gementar ataupun berdebar lagi kerana sudah mengikuti sesi pembelajaran kursus haji secara private daripada rakan kenalan Heliza Helmi, semalam," jelasnya.

Akhir perbualan, Wany sempat merakamkan, dia juga akan mendoakan sama buat kesejahteraan para peminatnya dan warga Malaysia.