Pemandu lori cedera tersepit

Anggota bomba cuba menyelamatkan mangsa.
Anggota bomba cuba menyelamatkan mangsa.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang lelaki tersepit selepas lori satu tan yang dipandunya kemalangan di jalan masuk kilang sawit Sime Darby dekat Kerdau hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu mangsa yang berusia 47 tahun cedera di bahagian kaki dan kepala.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh, Penolong Penguasa Bomba, Syed Syed Mohsen T Ismail berkata, lapan anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira jam 11.50 pagi.

Mangsa berjaya dikeluarkan daripada lori terbabit. pix: Ihsan Bomba
Mangsa berjaya dikeluarkan daripada lori terbabit. pix: Ihsan Bomba

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian pada jam 12.12 tengahari pihaknya mendapati satu kemalangan melibatkan sebuah lori satu tan dan lori tangki minyak sawit.

"Terdapat seorang lelaki dewasa iaitu pemandu lori satu tan tersepit di tempat duduk.

"Anggota memulakan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan Power Unit sebelum diserahkan kepada ambulans Klinik Kesihatan Kuala Krau dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh," katanya.

Katanya, operasi meyelamat tamat pada jam 1.04 petang.

Artikel Berkaitan: