Fail kes NFA akan diteliti SPRM: Latheefa

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya bercakap semasa sesi soal jawab pada Program 'Exclusive On Stage With The Chief Commissioner' hari ini. - Foto BERNAMA
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya bercakap semasa sesi soal jawab pada Program 'Exclusive On Stage With The Chief Commissioner' hari ini. - Foto BERNAMA
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka semula fail kes yang diklasifikasikan sebagai NFA (tiada tindakan lanjut) untuk disemak.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, perkara itu antara tindakan yang akan dilakukan.

Menurutnya, beliau perlu teliti dahulu jika ia NFA.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai hal itu buat masa ini.

Mengulas mengenai kemungkinan kes-kes yang dikategorikan sebagai NFA akan dibuka semula, beliau enggan mengulas lanjut.

Katanya, ia mungkin fail yang sudah lama.

"Fail-fail itu boleh jadi sudah terlalu lama," katanya pada sidang media sempena Program Eksklusif Bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya di Hillview Ballroom, Pulse Grande Hotel, Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Mohd Shukri Abdull berkata, agensi antirasuah terbabit memerlukan bukti atau saksi baharu sebelum boleh membuka semula fail yang terlibat dalam amalan rasuah.

Artikel Berkaitan: