Hospital Melaka cari waris pesakit

Leong Tuck Chye
Leong Tuck Chye
A
A
A

MELAKA - Hospital Melaka memohon kerjasama orang ramai membantu mengesan waris kepada seorang pesakit lelaki yang telah meninggal dunia pada 4 Ogos lalu ketika menerima rawatan di pusat perubatan terbabit.

Pesakit tersebut yang berbangsa Cina bernama Leong Tuck Chye berusia 62 tahun dan dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 1 Ogos lalu.

Menurut Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Melaka, Sabrina Thalas, alamat terakhir pesakit terbabit adalah di Kuala Sungai Baru, Melaka.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keluarga pesakit ini diminta menghubungi Unit Perhubungan Awam hospital di talian 06-2892344 sambungan 2072/2056.

“Mereka juga boleh menghubungi Wad 4-2 di talian 06-2892344 sambungan 2974/2975,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: