228 taska sudah diwujudkan di tempat kerja sektor awam

Foto Bernama
Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Terdapat 228 taska di tempat kerja sektor awam di seluruh negara yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Julai lepas, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Menurut beliau, usaha menggalakkan agensi kerajaan mewujudkan taska masih diteruskan kerana menerusi audit dilaksanakan oleh kementerian itu menunjukkan terdapat 541 agensi kerajaan di seluruh negara belum ada kemudahan itu.

Katanya kerajaan menerusi kementerian itu memberi komitmen mewujudkan lebih banyak taska di sektor awam dengan memperuntukkan RM10 juta pada tahun ini dengan 66 agensi kerajaan telah diluluskan menubuhkan taska di bawah geran ini.

"Kelulusan geran taska di tempat kerja sektor awam ini memberi keutamaan kepada agensi kerajaan yang berhasrat untuk menubuhkan taska, mempunyai permintaan yang tinggi daripada kakitangan dan beroperasi secara syif," katanya pada sidang media selepas lawatan ke taska di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, di sini hari ini.

Pada lawatan itu, beliau turut menyampaikan mok cek berjumlah RM198,400 kepada Jabatan Cetak Kerajaan Sabah yang diterima oleh Pencetak Kerajaan Sabah Politin@Wenen Mobiji.- Bernama

Artikel Berkaitan: