Program Kembali Ke Sekolah cungkil bakat pemain muda

Beto bersama pasukan bawah 13 tahun SMK Anderson pada program berkenaan.
Beto bersama pasukan bawah 13 tahun SMK Anderson pada program berkenaan.
A
A
A

IPOH - Program Kembali Ke Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Andersons yang diadakan baru-baru ini mampu mencungkil bakat para pemain muda yang mahu menjadi pemain bola sepak disegani suatu hari nanti.

Program itu turut menjemput pemain bola sepak Perak, Ahmad Khairil Anuar Zamri atau lebih dikenali sebagai Beto dan penolong jurulatih skuad kebangsaan, Aminuddin Hussin bagi meluangkan masa bersama 20 pemain pasukan bola sepak bawah 13 tahun sekolah berkenaan.

Beto berkata, program itu mampu menjadi platform untuk pemain muda meningkatkan pengetahuan dan skil yang ada.

“Pelajar yang menyertai pasukan bola sepak sekolah perlu memiliki pengetahuan asas berhubung selok-belok permainan ‘ibu segala sukan’ itu dengan baik.

“Setiap pemain terutamanya yang beraksi di peringkat sekolah perlu memanfaatkan peluang mengikuti program-program berkaitan bola sepak yang dianjurkan, seperti ini.

Beto yang juga bekas pelajar dan pemain bola sepak SMK Anderson berkata, peluang menghadiri program berkenaan adalah satu penghormatan buat dirinya.

“Seronok dapat kembali semula ke sekolah ini. Semasa saya bersekolah di sini dulu, tak ada pun program macam ini.

“Bagi saya, ia bagus sebagai pendedahan awal untuk mereka,” katanya ketika ditemui sempena program Program Kembali Ke Sekolah di SMK Andersons, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Pada program anjuran Adidas Malaysia itu, Beto dan Aminuddin turut berkongsi pengalaman dan skil asas bermain bola sepak kepada semua pemain sekolah berkenaan.

Kesemua pemain muda terlibat diberikan peluang untuk menggunakan but bola sepak keluaran terbaharu Adidas dan dua daripada pemain menunjukkan persembahan terbaik pada program berkenaan dihadiahkan sepasang but, jersi dan cenderahati daripada syarikat pembekal barangan sukan terkemuka itu.