PPS wajib lawat sekolah, hadiri mesyuarat PIBG

PPS menghadiri perjumpaan sempena program Kembali Ke Sekolah di Dewan Anggerik, Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu.
PPS menghadiri perjumpaan sempena program Kembali Ke Sekolah di Dewan Anggerik, Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu.
A
A
A

KUALA KUBU BHARU - Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang terdiri daripada pegawai polis diwajibkan melawat sekolah termasuk menghadiri mesyuarat persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, lawatan ke sekolah bagi sesi persekolahan tahun depan perlu diperbanyakkan bagi memberi ceramah berkaitan pencegahan jenayah dalam kalangan pelajar.

Menurutnya, PPS memainkan peranan mengukuhkan hubungan baik dengan pihak sekolah dan ibu bapa melalui program sedemikian.

"PPS diingatkan agar hadir melawat sekolah dipertanggungjawabkan tanpa gagal bagi awasi kadar jenayah dan masalah disiplin.

"Pemerhatian ini dapat mengurangkan penglibatan pelajar dalam jenayah.

"Pihak sekolah juga diminta sentiasa berhubung dengan PPS sekiranya berlaku kes pergaduhan atau perselisihan faham membabitkan pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada perjumpaan bersama PPS yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Azman Ab Rahman di Maktab Polis Diraja Malaysia, di sini.

Bak Phai berkata, PPS membantu mewujudkan sekolah selamat dengan menjalankan tanggungjawab yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, usaha itu termasuk mengumpul maklumat untuk tindakan susulan selain melakukan rondaan, lawatan berjadual dan memberi ceramah.

"Diharapkan program yang diadakan dapat mempertingkatkan kesedaran pelajar terhadap salah laku dan jenayah," katanya.