Dasar ekonomi tidak boleh berteraskan kaum

Daim - Foto fail Bernama
Daim - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dasar dan polisi ekonomi baharu negara tidak boleh lagi berteraskan perkauman sebaliknya perlu fokus kepada keperluan.

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata, sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan pendekatan baharu bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat.

“Kerajaan perlu mengambil kira dan mendekati dilema bumiputera dengan perspektif baharu untuk memastikan semua rakyat Malaysia mendapat bahagian saksama daripada kemakmuran negara.

“Apa-apa dasar yang mahu dilaksanakan kerajaan perlu adil kepada semua,” katanya di Universiti Malaya sini semalam.

Menurutnya, Malaysia masih perlu menunjukkan kepada dunia bahawa dasarnya jelas untuk dilaksanakan secara proaktif oleh kerajaan.

Artikel Berkaitan: