Aset kerajaan Venezuela di AS dibekukan

Donald Trump
Donald Trump
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Donald Trump semalam mengarahkan semua aset milik kerajaan Venezuela di Amerika Syarikat (AS) dibekukan dan melarang sebarang transaksi dengan pihak berkuasanya dalam langkah terbaharu Washington menentang Presiden Venezuela, Nicolas Maduro.

Arahan tersebut meliputi semua aset dan kepentingan kerajaan Venezuela di AS, kesemua aset berkenaan tidak boleh dipindahkan, dibayar, dieksport, atau dikeluarkan.

Arahan turut melarang sebarang transaksi dengan pihak berkuasa Venezuela yang mana aset mereka disekat, selain itu sebarang sumbangan dana, barangan atau perkhidmatan oleh, kepada, atau untuk kepentingan individu yang harta dan kepentingannya disekat berikutan arahan terbabit adalah turut dilarang.

Trump dilaporkan mengambil langkah berkenaan berikutan penyalahgunaan kuasa oleh Maduro dan mereka yang bersekutu dengannya selain pelanggaran hak asasi manusia.

Ditanya jika beliau akan mempertimbangkan untuk melakukan sekatan atau kuarantin terhadap Venezuela, Trump menjawab, ya.

Venezuela berdepan isu kemelesetan teruk, kekurangan bekalan makanan dan perubatan selain perkhidmatan awam yang sering tergendala. - AFP

Artikel Berkaitan: