Empat gerai PPR Pantai Ria terbakar

Kebakaran dapat dikawal pada jam 5.38 pagi dan padam sepenuhnya pada jam 7.01 pagi.
Kebakaran dapat dikawal pada jam 5.38 pagi dan padam sepenuhnya pada jam 7.01 pagi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Empat gerai di bawah blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Pantai Dalam di sini terbakar awal pagi tadi.

Kejadian berlaku jam 5.16 pagi tadi melibatkan kemusnahan keseluruhan unit berkeluasan 200 kaki persegi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, seramai 26 anggota dari Balai Bomba Penyelamat Pantai dan Hang Tuah terlibat dalam operasi memadam kebakaran tersebut.

Barang milik peniaga tidak dapat diselamatkan dalam kebakaran gerai di PPR Pantai Ria, awal pagi tadi.
Barang milik peniaga tidak dapat diselamatkan dalam kebakaran gerai di PPR Pantai Ria, awal pagi tadi.

"Kebakaran dapat dikawal pada jam 5.38 pagi dan padam sepenuhnya pada jam 7.01 pagi.

"Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu," katanya.

Tambahnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: