Filipina taja bekas pemberontak bercuti ke luar negara

Bekas anggota pemberontak yang menyertai percutian ditaja kerajaan ke Hong Kong pada minggu lalu.
Bekas anggota pemberontak yang menyertai percutian ditaja kerajaan ke Hong Kong pada minggu lalu.
A
A
A

MANILA - Filipina telah menaja beberapa bekas pemberontak komunis untuk percutian ke luar negara sebagai usaha untuk menamatkan pemberontakan yang panjang di negara itu.

Menurut jurucakap tentera, Presiden Rodrigo Duterte menunaikan janji beliau yang dibuat pada 2018 untuk menanggung perbelanjaan 88 bekas pemberontak kebanyakannya anggota wanita Tentera Rakyat Baharu (NPA) untuk lawatan selama empat hari ke Hong Kong pada minggu lalu

Di bawah janji itu, Duterte menggesa pemberontak komunis meletakkan senjata sebagai pertukaran dengan pemberian rumah, kewangan, peluang pekerjaan dan perjalanan ke luar negara.

Foto dikongsi tentera menunjukkan sekumpulan bekas pemberontak bergambar di hadapan bangunan pencakar langit dan turut memegang beberapa beg plastik cendera hati.

Mereka turut melawat tapak sejarah dan pusat beli-belah menggunakan 'elaun' yang diberikan kepada mereka.

"Ini sebahagian daripada terapi kepada mereka untuk mempunyai perspektif berbeza dalam hidup," kata Leftenan Kolonel Ezra Balagtey.

Dalam masa sama, Duterte turut mengarahkan tentera menghapuskan kumpulan bersenjata Maoist yang menyebabkan sehingga 40,000 orang terkorban akibat pemberontakan dilancarkan mereka. - Agensi

Artikel Berkaitan: