Polis kesan Perodua Myvi lawan arus

Aksi melawan arus kereta berkenaan dirakam dan tular di laman sosial.
Aksi melawan arus kereta berkenaan dirakam dan tular di laman sosial.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kejadian sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang melawan arus di Jalan Tun Abdul Razak menghala JB Sentral, di sini seperti yang tular dalam satu rakaman video di media sosial Facebook, hari ini akan disiasat polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, pihaknya juga sudah menerima rakaman video menunjukkan aksi berani dan melanggar kesalahan jalan raya itu.

"Polis ada menerima rakaman video menunjukkan kereta melawan arah ini daripada orang awam pada Jumaat lalu. Bagaimanapun sehingga kini, tiada laporan polis yang diterima berkaitan kes terbabit.

"Kita akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pemilik atau pemandu kereta berkenaan dengan secepat mungkin," katanya ketika dihubungi di sini.

Terdahulu, video berdurasi 18 saat tular di media sosial berkenaan memaparkan sebuah kereta berwarna hitam yang memandu laju melawan arus dari arah pusat bandar.

Rakaman video itu difahamkan diambil dari kamera video papan pemuka sebuah kereta yang turut hampir melanggar kereta berkenaan.

Artikel Berkaitan: