Kereta terbakar, seorang mangsa ditemui rentung

Keadaan kereta yang hangus 100 peratus di Taman Jasper Jaya, Seremban, malam ini.
Keadaan kereta yang hangus 100 peratus di Taman Jasper Jaya, Seremban, malam ini.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang mangsa ditemui rentung dalam sebuah kereta jenis Nissan Sentra yang musnah 100 peratus di Taman Jasper Jaya, Seremban jam 9.49 malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, bagaimanapun identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

"Lapan anggota dengan sebuah jentera dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan berlaku kebakaran kereta.

"Pasukan bomba hanya menyedari terdapat mangsa yang rentung di dalam kereta sebaik selesai memadam kebakaran," katanya.

Menurutnya, setakat maklumat diperolehi, tiada penduduk berhampiran yang mengenali kereta berkenaan.

Artikel Berkaitan: