Seeloknya siasat dahulu: Noorkhiriah

No Image Caption
A
A
A

PELAKON, Noorkhiriah menegaskan kepada khalayak umum agar berhati-hati dalam berurusan mengenai pakej umrah.

Menurut pelakon Nur dan Nur 2 itu, sebaiknya siasat terlebih dahulu daripada tertipu dengan tawaran murah pakej ibadah umrah.

“Jangan cepat sangat percaya kalau harga ditawarkan itu sangat murah. Ada agensi yang menawarkan pakej serendah RM3,000.

"Jadi, untuk mengelakkan masalah timbul dikemudian hari, seeloknya kita kena siasat terlebih dahulu,” katanya.

Noorkhiriah Ahmad Shapie, 40, mendedahkan sebelum ini dia pernah ditawarkan tajaan daripada syarikat umrah berkenaan, bagaimanapun Khiriah menarik diri selepas mendapat tahu ada perkara yang tidak kena.

Khiriah ditemui Sinar Harian ketika sidang media perlantikan sebagai ikon umrah bagi syarikat De Hearty di Restoran Rebung Chef Ismail, baru-baru ini.

Selain Khiriah dua lagi selebriti terkenal ialah Azhan Rani dan Azadan Rabbani.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Menceritakan dengan lebih lanjut mengenai perkara itu, kata Khiriah, kejadian tersebut berlaku pada tahun lalu apabila sebuah agensi menawarkannya pakej mengerjakan umrah secara percuma.

“Selepas sign kontrak dan muat naik poster promosi pakej umrah itu, saya ada dapat mesej tentang masalah dalaman agensi terbabit daripada mereka yang pernah mendapatkan khidmat mereka.

“Jelas pengirim tersebut, wujud masalah berkaitan wang membabitkan agensi berkenaan.

"Bila dengar macam tu saya terus bertanyakan sendiri kepada pihak terbabit dan mereka mengakuinya.

"Lalu saya terus menarik diri daripada menyertai program itu,” jelasnya enggan mengecewakan ramai individu yang mahu menjadi sebagai tetamu ALLAH.

Tidak berpatah hati atas apa yang telah berlaku, Khiriah bersyukur apabila sekali lagi ditawarkan untuk menunaikan umrah.

“Insya-ALLAH, saya akan berangkat ke Tanah Suci Makkah pada Disember depan.

"Lebih menggembirakan, kali ini saya berpeluang untuk membawa suami dan anak bersama-sama,” katanya.