Polis Melaka kutip lebih RM1.3 juta saman trafik

Orang ramai sanggup beratur panjang bagi menjelaskan tunggakan saman trafik pada program pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 di Dataran Pahlawan Banda Hilir, bermula Sabtu lalu.
Orang ramai sanggup beratur panjang bagi menjelaskan tunggakan saman trafik pada program pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 di Dataran Pahlawan Banda Hilir, bermula Sabtu lalu.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Polis Melaka mengutip lebih RM1.3 juta hasil bayaran daripada 11,114 saman sempena tawaran diskaun 50 peratus program pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 di Dataran Pahlawan Banda Hilir bermula Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Hassan Basri Yahya berkata, tawaran selama dua hari itu memberi peluang kepada pesalah trafik untuk menjelaskan bayaran saman tunggakan mereka menerusi kaunter yang dibuka seawal jam 8.30 pagi.

Menurutnya, daripada jumlah itu RM819,190 yang dikutip membabitkan 5,283 saman pelbagai kesalahan manakala RM568,920 membabitkan 5,831saman bagi kesalahan seperti pandu had laju serta halangan lalu lintas.

Beberapa kaunter yang dibuka bagi memberi peluang kepada pesalah trafik menjelaskan bayaran saman mereka dengan tawaran diskaun 50 peratus di Dataran Pahlawan Sabtu lalu.
Beberapa kaunter yang dibuka bagi memberi peluang kepada pesalah trafik menjelaskan bayaran saman mereka dengan tawaran diskaun 50 peratus di Dataran Pahlawan Sabtu lalu.

"Pada hari Sabtu sebanyak 2,568 saman dikutip bagi kesalahan had laju dan meletakkan kenderaan ditempatkan yang tidak dibenarkan sementara 2,274 saman bagi pelbagai kesalahan.

"Kita dapati bayaran saman menunjukkan peningkatan pada hari Ahad dengan jumlah 3,263 saman yang contoh kesalahan 'speed trap' dan 3,009 saman yang dikeluarkan terus kepada pemilik kenderaan dan telah berjaya diselesaikan," katanya.

Tambahnya, bayaran saman itu turut melibatkan anggota Ibu Pejabat Kontinjen Melaka, Ibu Pejabat Daerah Melaka Tengah, Ibu Pejabat Daerah Jasin dan Alor Gajah.

Program pelancaran yang dianjurkan Jabatan Penerangan dan kerajaan negeri disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kehadiran dianggarkan kira-kira 30,000 orang.

Artikel Berkaitan: