KSM nafi penglibatan JTKSM dalam aktiviti penawaran dana

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) menafikan penglibatan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dengan aktiviti penawaran dana berjumlah RM8,500 yang boleh didapati melalui sebuah capaian laman web.

KSM dalam satu kenyataan akhbar hari ini memberitahu, JTKSM tiada kaitan dengan aktiviti itu dan tidak pernah mengiklankan perkara tersebut di dalam laman web utama.

"Aktiviti tidak bertanggungjawab itu menyebabkan kekeliruan kepada pengguna serta mencalarkan imej pihak jabatan.

"Orang awam dinasihatkan untuk tidak mudah mempercayai maklumat-maklumat yang tidak disahkan oleh pihak kementerian atau jabatan," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, mereka yang menjadi mangsa penipuan aktiviti terbabit hendaklah membuat laporan polis dengan segera.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati capaian ke link http://bit.ly/Gov-MY sudah tidak boleh diakses.

Artikel Berkaitan: