Ismail tidak berminat jika ditawarkan jadi MB Perlis

Ismail Kassim
Ismail Kassim
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim tidak berminat sekiranya ditawarkan sebarang jawatan termasuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Perlis walaupun dipaksa oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang juga adik kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim itu berkata, beliau lebih selesa dengan kedudukannya sebagai ADUN pada ketika ini.

"Saya tidak hasrat untuk menjadi calon Menteri Besar lagi. Saya harus menerima bahawa saya tidak ditakdir untuk jawatan ini.

“Walaupun dipaksa atau diminta oleh Dr Mahathir, saya percaya Dr Mahathir memahami situasi saya. Saya minta maaf," katanya menerusi laporan portal berita, Malaysiakini di sini hari ini.

Semalam, Ismail mengumumkan penyertaan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menjadi satu-satunya wakil rakyat daripada parti itu di Perlis sementara empat orang wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) di negeri itu kesemuanya dari PKR.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Shahidan Kassim masuk Bersatu

Ismail yang keluar UMNO pada Jun tahun lalu selepas menyertai parti itu sejak 30 tahun lalu dan pernah menjawat beberapa jawatan penting iaitu sebagai Ketua Pemuda UMNO negeri, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau

Dalam pada itu, Ismail berkata, beliau bersedia untuk menyumbangkan pengalamannya bagi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 dan bersedia jika diarahkan untuk bertanding kerusi Parlimen diluar kawasan Perlis.

Artikel Berkaitan:

"Kemasukan saya ke dalam Bersatu akan membantu mengukuhkan Pakatan Harapan di Perlis. Kebanyakan mereka masih muda dan orang baru.

“Saya telah berkhidmat di Dewan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Saya yakin kita akan dapat bersatu semula dan kaum Melayu akan kembali kuat dan dihormati semula," katanya.