X

Kindly register in order to view this article
!

Tuduhan berkempen tolak tulisan jawi, DAP Kulai buat laporan polis

Marina (empat dari kanan) bersama pemimpin DAP Kulai menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Kulai, malam semalam.
A
A

KULAI - DAP Kulai membuat laporan polis berhubung penularan video berbaur fitnah mendakwa parti itu membuat kempen dari rumah ke rumah untuk menolak tulisan jawi sebagai sukatan pelajaran sekolah.

Setiausahanya, Marina Ibrahim berkata, video berdurasi 52 saat itu memaparkan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata kesat dan fitnah terhadap dua perempuan yang berada dalam video itu.

“Saya buat laporan polis bertujuan untuk menafikan perkara tersebut dan mahu siasatan dibuat kerana ia dilihat telah memfitnah DAP.

“Tindakan sebegini hanya akan menggugat keamanan, keharmonian kaum dengan memainkan sentimen perkauman,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, malam semalam.

ARTIKEL BERKAITAN:

Tulisan jawi: Tidak jadikan orang Cina khianati bangsanya

Tarik diri bantah khat: ADUN DAP enggan ulas lanjut