Indonesia minta orang ramai jauhi kawasan pantai

Gunung Anak Krakatau dapat dilihat dari Pantai Carita di Banten.
Gunung Anak Krakatau dapat dilihat dari Pantai Carita di Banten.
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) telah mengeluarkan satu amaran pada lewat malam Selasa bahawa fenomena tsunami Selat Sunda masih berlaku susulan gegaran berterusan di cerun Gunung Berapi Anak Krakatau, selain cuaca melampau di sekitar gunung berapi itu ketika ini.

Amaran itu didedahkan oleh Pengerusi BMKG, Dwikorita Karnawati, pada satu sidang akhbar di pejabatnya, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut Dwikorita, penduduk diminta menjauhi kawasan pantai sekurang-kurangnya 500 meter sehingga satu kilometer bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

"Kami bimbang susulan gegaran berterusan menyebabkab tanah runtuh di sekitar gunung menyebabkan tebing kawah gunung berapi meluncur ke dalam laut.

"Dan kami khuatir ia boleh mencetuskan tsunami," katanya.

Bagaimanapun beliau tetap mengingatkan penduduk supaya bertenang dan tidak panik. - Agensi

Artikel Berkaitan: