Dua tahun hilang, rupa-rupanya...

Elwyn Crocker Sr telah didakwa atas kesalahan menyembunyikan kematian dua anaknya. - Time
Elwyn Crocker Sr telah didakwa atas kesalahan menyembunyikan kematian dua anaknya. - Time
A
A
A
GUYTON-GEORGIA. Polis di tenggara Georgia sedang menyiasat punca dua kanak-kanak hilang selama dua tahun namun tiada siapa membuat laporan polis.

Ia susulan penemuan mayat budak lelaki dan adik perempuannya berusia 14 tahun di belakang rumah bapanya.

Pejabat Sheriff Effingham County berkata, dua mayat itu adalah Mary Crocker dan abangnya

Elwyn Crocker Jr.

Polis berkata, walaupun Mary tidak pernah dilihat dalam beberapa minggu dan adiknya Elwyn tidak ditemui sejak November 2016, tiada laporan polis dibuat oleh keluarganya.

Laporan bedah siasat mengesahkan Elwyn yang berusia 16 tahun pada tahun ini telah ditanam selama dua tahun sementara Mary baru ditanam beberapa bulan lalu.

Sehingga kini, polis telah memberkas ibu tiri dan nenek tiri mangsa serta teman lelakinya bagi membantu siasatan.

Kesemua itu didakwa atas kesalahan menyembunyikan kematian dan melakukan kekejaman terhadap mereka.

Tidak terkecuali bapa mereka, Elwyn Crocker Sr, 49, bertugas memakai pakaian santa di pasaraya Walmart di kawasan rumah mereka diberkas, kata pejabat Sheriff, Atlanta Journal-Constitution.
Artikel Berkaitan:


Coroner Effingham County David Exley berkata punca kematian mereka masih dalam siasatan dan polis juga cuba mengesan, menghubungi ibu mangsa. - Time