Maqis rampas 55kg sosej babi

Produk berasaskan daging babi yang berjaya dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Produk berasaskan daging babi yang berjaya dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
A
A
A

SEPANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya merampas produk makanan berasaskan daging babi.

Rampasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) dan KLIA 2 pada 28 dan 31 Julai itu melibatkan 55 kilogram (kg) sosej babi dari negara China.

Maqis dalam satu kenyataan berkata, rampasan itu dibuat secara berasingan ke atas dua lelaki warga tempatan ketika pemeriksaan bagasi dilakukan oleh pegawai penguatkuasa di laluan antarabangsa KLIA.

Pengarah Maqis Selangor, Dr Tarmisal Alimin berkata, kerajaan telah mengeluarkan larangan membawa masuk dan pengimportan daging babi dan produk babi dari negara yang mengalami wabak penyakit Africa Swine Fever (ASF).

Antara produk yang berisiko dalam penularan virus ASF adalah seperti babi hidup, daging babi segar, babi sejuk beku, produk babi dalam tin dan produk daging babi proses seperti sosej dan sebagainya.

Katanya, ia bagi bagi mencegah penularan ASF yang akan memberi impak negatif sekiranya virus tersebut memasuki dalam negara.

“Mana-mana penumpang yang melanggar peraturan itu akan dikenakan tindakan undang-undang dibawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Akta 728) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3), Akta yang sama.

“Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Justeru, pihak Maqis sentiasa memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan mematuhi aspek kesihatan manusia serta mengawal kemasukan penyakit yang boleh mengancam industri penternakan dan makanan di Malaysia.