X

Kindly register in order to view this article
!

Rayuan tangguh perbicaraan kes 1MDB ditolak

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meninggalkan pekarangan Mahkamah Rayuan Putrajaya di sini hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Mahkamah Rayuan di sini hari menolak rayuan yang dikemukakan pendakwa raya dan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan perbicaraan kes empat tuduhan rasuah dan 21 tuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram (AMLA) berhubung dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Abdul Rahman Sebli selepas mendengar hujahan Peguam Negara, Tommy Thomas bagi pihak pendakwa raya dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berkata, hakim Mahkamah Tinggi telah menggunakan budi bicaranya ketika menolak keputusan tersebut.

Korum yang turut dianggotai Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim sebaliknya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya perbicaraan kes tersebut bermula seperti

dijadualkan pada 19 Ogos ini.

 Tommy Thomas - FOTO ZAHID IZZANI
Tommy Thomas - FOTO ZAHID IZZANI

ARTIKEL BERKAITAN: Rayuan Tommy ditolak, bicara 1MDB tetap bermula 19 Ogos

Muhammad Shafee bagaimanapun memaklumkan mahkamah, pihaknya akan mengemukakan notis rayuan ke Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan tersebut hari ini.

Pada 18 Julai lalu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah menolak notis usul yang dikemukakan pasukan pendakwa raya yang mengendalikan perbicaraan kes SRC supaya perbicaraan kes 1MDB ditangguhkan sehingga perbicaraan kes SRC International selesai.

Dalam keputusan itu Collin menegaskan, kes 1MDB juga merupakan kes berkepentingan awam dan perlu dijalankan tanpa kelewatan dan penangguhan.

Collin berkata, Najib masih belum dibicarakan walaupun telah lebih setahun dituduh dan memberi jaminan akan lebih fleksibel sekiranya terdapat permohonan kedua-dua pihak untuk melapangkan tarikh perbicaraan (1MDB) bagi memberi laluan kepada SRC.

Muhammad Shafee Abdullah - FOTO ZAHID IZZANI
Muhammad Shafee Abdullah - FOTO ZAHID IZZANI

Mahkamah sebelum ini menetapkan perbicaraan kes tersebut bermula pada 19 Ogos hingga 29 Ogos dan akan bersambung sepanjang bulan September dan Oktober hingga 14 November kecuali pada hari Jumaat dan cuti umum.

Perbicaraan kes SRC International membabitkan Najib masuk hari ke-47 hari ini dan dijangka akan berterusan dalam tiga minggu lagi.

Pada 20 September 2018, Najib, 66, mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan rasuah dan 21 tuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berhubung dana 1MDB.

Bagi empat pertuduhan rasuah, Najib didakwa sebagai badan awam iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan pengerusi Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan sebanyak RM2.28 bilion.

Suapan berkenaan diperolehi dengan cara antaranya memberi jaminan kepada Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) bagi membolehkan TIA mendapat pinjaman sehingga RM5 bilion serta memutuskan kerajaan mengambil alih TIA menyebabkan nama badan itu ditukarkan kepada 1MDB.

Ahli Parlimen Pekan itu turut berdepan 21 pertuduhan pengubahan wang haram mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!