Makanan ini boleh sebabkan lelaki obes...

A
A

HASIL kajian yang dijalankan terhadap 6,267 warga Amerika Syarikat (AS) mendapati tahap pengetahuan golongan lelaki mengenai keperluan kalori harian empat kali ganda lebih rendah berbanding wanita.

Memetik Asiaone.com, direkodkan sebanyak 37 peratus lelaki gagal menjawab soalan dengan betul tentang berapa banyak kalori yang diperlukan setiap hari bagi mengekalkan berat badan ideal. Sementelah wanita hanya 17 peratus.

Kajian tersebut dijalankan berdasarkan umur, jantina dan tahap aktiviti mereka.

Secara am, anggaran purata pengambilan kalori bagi lelaki dewasa adalah sebanyak 2,000 kkal/sehari manakala wanita pula memerlukan sekitar 1,500kkal untuk sehari.

Journal of the Academy of Nutrition and Dietetics AS melaporkan kadar obesiti di negara itu berada pada tahap yang cukup membimbangkan.

Biarpun obesiti berlaku disebabkan pelbagai faktor, tetapi pengambilan makanan yang tinggi kalori adalah punca mendorong pada masalah berkenaan.

Antara makanan menyebabkan obesiti dalam kalangan lelaki AS ialah:

-Burger

-Piza

-Ayam goreng

-Nuget

-Sosej

-Donut

-Makanan ringan

-Minuman bikarbonat