Perkembangan baik untuk Bersatu

Wan Saiful Wan Jan
Wan Saiful Wan Jan
A
A
A

ALOR SETAR - Kemasukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim ke dalam parti Bersatu merupakan perkembangan yang baik khususnya untuk parti itu di Perlis.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, namun ia terserah kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan berhubung penyertaan adik kepada Pengerusi UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim itu.

Menurutnya, penyertaan Ismail itu bakal membolehkan Bersatu mempunyai suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis.

“Saya telah berbincang beberapa kali dengan Ismail dan beliau memang telah lama menunjukkan minat.

"Sekarang terserah kepada pimpinan parti untuk membuat keputusan mengenai kemasukan ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Shahidan Kassim masuk Bersatu

Wan Saiful berkata, pihaknya gembira kerana ini menunjukkan Bersatu masih menjadi pilihan.

“Kita perlu ingat, Ismail merupakan wakil rakyat yang paling awal keluar UMNO iaitu Jun tahun lalu, beliau sanggup bersabar selama lebih setahun sebelum menyertai Bersatu," katanya.

Ismail mengumumkan keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Jun tahun lalu selepas hilang keyakinan terhadap pucuk kepemimpinan parti.

Artikel Berkaitan:

Ismail menyertai UMNO sejak 30 tahun lalu dan pernah menjawat beberapa jawatan penting iaitu sebagai Ketua Pemuda UMNO negeri, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau.