Kejohanan Muay Thai jadi acara tahunan

Penganjur turut menyampaikan cenderahati kepada Ariffin (kiri).
Penganjur turut menyampaikan cenderahati kepada Ariffin (kiri).
A
A
A

KUALA NERUS - Terengganu Fight anjuran Persatuan Muay Thai Negeri Terengganu (PMTNT) dan Pertubuhan Kebajikan Bumiputera Malaysia bakal dimasukkan dalam kalendar pelancongan Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, perancangan itu akan dilaksanakan jika penganjur mahu meneruskan kejohanan tahun hadapan.

"Ini tahun kedua saya hadir menyaksikan perlawanan Muay Thai. Sekiranya penganjur bersetuju menganjurkan pada tahun hadapan saya akan memasukkan acara ini dalam kalendar pelancongan negeri," katanya.

Ariffin merasmikan acara dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada peninju Muay Thai dalam kejohanan Terengganu Fight 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak di sini.

Ariffin menyampaikan piala kepada peninju selepas merasmikan Terengganu Fight 2019 di sini.
Ariffin menyampaikan piala kepada peninju selepas merasmikan Terengganu Fight 2019 di sini.

Hasrat kerajaan negeri itu wajar apabila acara tersebut berjaya menarik penyertaan ramai peserta dari dalam dan juga luar negara termasuk peninju profesional dari Thailand dan Brazil.

Seramai 12 petinju profesional Muay Thai bertarung dalam kejohanan yang turut menampilkan ketangkasan kepten muay thai Malaysia kelahiran Terengganu iaitu Muhamad Ali Yaakub.

Muhamad Ali menang dengan kiraan mata mengalahkan peninju Kelantan, Deng Chidam dalam saingan terakhir dalam pertandingan tiga pusingan pada kejohanan bertaraf antarabangsa itu.

Artikel Berkaitan:

Penganjuran Terengganu Fight 2019 dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu dan kerajaan negeri itu juga berjaya menarik kehadiran ribuan peminat majoritinya anak-anak muda.