Perjalanan VIP buat jemaah Malaysia

Jemaah haji dari Malaysia yang tiba di Terminal Haji di Jeddah disambut petugas dan dibawa melalui dewan khas Route To Makkah untuk ke tempat menaiki bas menuju hotel penginapan masing-masing. Gambar kecil:Mohd Hanafiah Hashim.
Jemaah haji dari Malaysia yang tiba di Terminal Haji di Jeddah disambut petugas dan dibawa melalui dewan khas Route To Makkah untuk ke tempat menaiki bas menuju hotel penginapan masing-masing. Gambar kecil:Mohd Hanafiah Hashim.
A
A
A

JEDDAH - Sejak 2017, jemaah haji dari Malaysia menikmati keistimewaan hasil daripada inisiatif Route to Makkah yang diperkenalkan kerajaan Arab Saudi.

Menurut Pengarah Perhubungan dan Media Antarabangsa, Kementerian Penerangan Arab Saudi, Ibrahim A Al-Bahkali, inisiatif itu yang menjadi sebahagian daripada pelan reformasi Visi 2030 Arab Saudi dirancang dengan hasrat memastikan pengurusan visa umat Islam dari seluruh dunia yang ingin berkunjung ke Makkah dan Madinah menjadi mudah.

“Kerajaan Arab Saudi dan Malaysia berpuas hati dengan inisiatif bersistematik itu kerana kita berjaya memendekkan waktu prosedur imigresen.

“Ini kerana jemaah haji yang terbang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya melalui proses imigresen selama 10 minit di kedua-dua negara,” katanya kepada pemberita di Terminal Haji Jeddah kelmarin.

Inisiatif Route to Makkah memproses sejumlah 30,200 dokumen perjalanan jemaah haji Malaysia yang memasuki Arab Saudi untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Menurut Ibrahim, Malaysia menjadi negara pertama yang mengimplementasikan inisiatif Route to Makkah dua tahun lalu sebelum diikuti Indonesia pada 2018.“Kerajaan Arab Saudi memilih Malaysia sebagai perintis program itu kerana sistem pengurusan haji mereka begitu tersusun melalui Tabung Haji.

“Kami konsisten mengadakan perbincangan dari masa ke masa untuk menambah baik inisiatif Route to Makkah ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Jemaah haji dari Malaysia yang tiba di Terminal Haji di Jeddah disambut petugas dan dibawa melalui dewan khas Route To Makkah untuk ke tempat menaiki bas menuju hotel penginapan masing-masing.
Jemaah haji dari Malaysia yang tiba di Terminal Haji di Jeddah disambut petugas dan dibawa melalui dewan khas Route To Makkah untuk ke tempat menaiki bas menuju hotel penginapan masing-masing.

Selain Malaysia dan Indonesia, tiga lagi negara iaitu Pakistan, Bangladesh serta Tunisia turut menyertai inisiatif berkenaan.

Ibrahim berkata, di KLIA terdapat dua ruang pemeriksaan imigresen Malaysia dan Arab Saudi yang terletak bersebelahan.

"Jemaah haji akan melalui proses pemeriksaan pasport Malaysia sebelum visa mereka diperiksa pihak imigresen Arab Saudi di KLIA," katanya.

Inisiatif Route to Makkah memproses seramai 30,200 jemaah haji dari Malaysia pada tahun ini.

Malaysia menjadi negara pertama yang mengimplementasikan inisiatif itu.

Tahun ini, Route to Makkah memproses lebih 250,000 dokumen jemaah haji dari Bangladesh, Pakistan dan Tunisia.

Route to Makkah merupakan sebahagian daripada pelan tranformasi Visi 2030 Arab Saudi.

Sementara itu, Pengarah Perhubungan dan Media Antarabangsa, Kementerian Penerangan Arab Saudi, Ibrahim A Al-Bahkali Ibrahim berkata, setibanya para jemaah haji Malaysia ke Terminal Haji Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah, mereka dibawa melalui dewan ketibaan khas dan diiringi ke bas khas tanpa melalui proses pemeriksaan imigresen.

“Petugas jemaah haji dari Arab Saudi dan Tabung Haji Malaysia akan menguruskan pergerakan kumpulan jemaah yang tiba itu sehingga mereka selamat menaiki bas dan tiba di hotel penginapan masing-masing,” katanya.

Katanya, selain kecepatan proses dokumen perjalanan, bagasi jemaah haji Malaysia juga diuruskan dengan sistematik.

“Jemaah haji Malaysia tidak perlu memikirkan mengenai bagasi mereka setibanya di Terminal Haji kerana ia akan diuruskan oleh para petugas di lapangan terbang.

“Bagasi mereka akan dihantar terus ke bilik hotel masing-masing. Itulah kelebihan dan keistimewaan inisiatif Route To Makkah ini,” katanya.