Polis nafi ada pesta tarian separuh bogel di Terengganu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BESUT - Pihak polis menafikan dakwaan terdapat penganjuran pesta tarian separuh bogel di sebuah chalet di Pulau Perhentian di sini, seperti yang ditularkan media sosial, sejak minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata beberapa video berdurasi kira-kira 30 saat, yang memaparkan aksi tarian separuh bogel tersebut, merupakan video lama yang dirakam pada tahun 2017.

“Video tersebut telah dimuat naik seorang wanita yang dikenali sebagai Ana Simon yang berumur awal 30-an, melalui akaun Facebook palsu bernama Nur Amanina Abdul Razak (Terengganu).

“Siasatan polis mendapati, wanita berkenaan memuat naik semula video tersebut bertujuan memburuk-burukkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan negeri Terengganu, kerana permohonan dia untuk membuka kedai urut di pulau peranginan itu (Pulau Perhentian), tidak mendapat kelulusan PBT,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Katanya pihak polis juga telah mengenal pasti individu dalam video tersebut, iaitu seorang pondan yang bersama beberapa individu lain, kelihatan dalam keadaan separuh bogel dan mabuk, selain berdiri di atas sebuah tong lalu menari. - Bernama

Artikel Berkaitan: