Hostel pekerja: Tempoh sebulan patuhi arahan

Keadaan rumah dipercayai dijadikan hostel pekerja di Taman Scientex Senai.
Keadaan rumah dipercayai dijadikan hostel pekerja di Taman Scientex Senai.
A
A
A

KULAI - Tempoh sebulan diberikan kepada syarikat ejen pekerja asing bagi mematuhi arahan berkaitan hostel pekerja sebelum penguatkuasaan dijalankan di Taman Scientex Senai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Tee Bong Tsong berkata, hostel yang beroperasi di kawasan kediaman di Taman Scientex Senai hanya boleh menempatkan 14 penghuni sahaja di dalam sebuah rumah.

"Isu ini sudah dibincangkan pada mesyuarat bersama pihak Majlis Perbandaran Kulai (MPK), Jabatan Tenaga Buruh, agensi pekerja, penduduk tempatan, SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) dan pihak kilang.

Mesyuarat bersama beberapa agensi kerajaan membincangkan isu hostel pekerja di Taman Scientex Senai.
Mesyuarat bersama beberapa agensi kerajaan membincangkan isu hostel pekerja di Taman Scientex Senai.

"Tempoh sehingga 1 September depan diberikan sebelum penguatkuasaan dilaksanakan," katanya kepada media di Pejabat ADUN Senai semalam.

Katanya, kini terdapat 120 rumah dijadikan hostel di Taman Scientex Senai tetapi hanya seorang ejen yang mempunyai 24 hostel memberikan kerjasama.

Artikel Berkaitan: