X

Kindly register in order to view this article
!

GRO sorok belakang pintu elak ditahan

Antara yang ditahan dalam Ops Noda di pusat hiburan di Bandar Baru Klang, Klang malam tadi.
A
A

KLANG - Sebanyak 17 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing bersama dua penjaga premis hiburan ditahan dalam Op Noda di dua buah pusat hiburan di Bandar Baru Klang di sini malam tadi.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan polis Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kira-kira jam 11.30 malam

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Shukor berkata, ketika serbuan kesemua GRO yang berusia 19 hingga 35 tahun itu cuba bersembunyi di belakang pintu dan almari namun berjaya dikesan pegawai terlibat.

"Dalam serbuan di premis pertama, tujuh wanita warga Vietnam dan seorang lelaki tempatan merupakan penjaga premis berjaya ditahan.

"Kemudian, serbuan di premis kedua pula berjaya menahan sembilan wanita membabitkan tujuh warga Vietnam dan dua Thailand selain seorang penjaga premis lelaki tempatan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Antara yang ditahan dalam Ops Noda di pusat hiburan di Bandar Baru Klang, Klang malam tadi.
Antara yang ditahan dalam Ops Noda di pusat hiburan di Bandar Baru Klang, Klang malam tadi.

Azmi berkata, beberapa rampasan dibuat antaranya peralatan audio, bil, kalung dan wang tunai.

Katanya, siasatan awal mendapati premis pertama telah beroperasi sejak setahun lalu dan beberapa kali diserbu, manakala premis kedua dikesan beroperasi tanpa lesen sejak lima bulan lalu.

"Siasatan masih dijalankan dan kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk tindakan lanjut," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen.