Helah simpan GRO tak menjadi

GRO yang ditahan dalam operasi awal pagi tadi.
GRO yang ditahan dalam operasi awal pagi tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Sanggup mengaku teman wanita hanya kerana mahu mengaburi mata pihak berkuasa.

Itu helah digunakan sekumpulan lelaki yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Jalan Penang di sini awal pagi tadi, namun tidak berhasil apabila pemeriksaan mendapati tujuh wanita bersama mereka merupakan gadis pelayan pelanggan (GRO).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zainol Samah berkata, serbuan kira-kira jam 4 pagi itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Menurutnya, hasil risikan dan juga maklumat diterima pihaknya premis berkenaan dikesan menggunakan khidmat wanita warga asing sebagai tarikan kepada pelanggan untuk berhibur.

Antara pengunjung yang ditahan.
Antara pengunjung yang ditahan.

"Tujuh wanita warga asing disyaki menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO di pusat hiburan terbabit.

"Dalam serbuan berkenaan seramai 34 orang pelanggan turut ditahan untuk pemeriksaan lanjut dan hasil ujian saringan air kencing mendapati 16 daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.

"Tindakan juga akan dikenakan terhadap pengusaha pusat hiburan terbabit kerana didapati beroperasi melebihi waktu yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi di sini.

Artikel Berkaitan:

Zainol berkata, wanita warga asing yang ditahan itu terdiri daripada tiga warga Vietnam dan empat warga Thailand.

Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia di antara 19 hingga 50 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk tindakan lanjut.