Dr Mahathir pernah kata saya makhluk perosak: Ku Li

No Image Caption
A
A
A

BAGAN DATUK - Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkan keikhlasan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mempelawa ahli UMNO menyertai Bersatu dengan alasan untuk mengukuhkan kedudukan Melayu.

Mengimbau sejarah ketika beliau menentang Dr Mahathir pada tahun 1987, Tengku Razaleigh menjelaskan dirinya dilabelkan sebagai makhluk perosak hanya kerana bertanding merebut jawatan presiden parti.

Menurutnya, bukan sahaja dirinya dilabel seperti itu, tetapi pemimpin lain seperti bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman; Tun Hussien Onn dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam turut menerima keadaan sama.

"Jangan kita bimbang dengan apa yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH). Dia hendak tengok orang UMNO masuk Bersatu untuk kukuhkan kedudukan Melayu. Dia itu siapa? Kita bersatu. Dia yang tidak bersatu, dia lari.

"Ketika saya lawan dia pada tahun 1987, dia kata saya makhluk perosak apabila UMNO diharamkan. Selain saya, dia juga kata Tunku Abdul Rahman, Hussien Onn dan Musa Hitam makhluk perosak," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana Kompleks UMNO Bagan Datuk, Sungai Sumun, di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pencenkan 'barua' dalam UMNO: Ku Li

Tengku Razaleigh berkata, ketika itu juga Dr Mahathir terpaksa menyekat guru-guru agar tidak terlibat aktif di dalam UMNO kerana bimbang pengaruh kuat golongan itu kepada Musa.

"Sebenarnya dia takut ketika itu sehingga dia mengharamkan cikgu-cikgu daripada aktif dalam UMNO. Semua cikgu diharamkan memegang jawatan dalam UMNO kerana dia takut dengan Musa Hitam.

Artikel Berkaitan:

"Musa Hitam sangat popular dalam kalangan cikgu-cikgu di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata, tindakan itu sekaligus menyebabkan UMNO menjadi lemah dan menunjukkan perjuangan sebenar Dr Mahathir itu hanya untuk kepentingan diri.

Dalam pada itu, Tengku Razaleigh mengakui UMNO masih kuat dan gagah berdasarkan tinjauan serta pemerhatian dalam mesyuarat-mesyuarat UMNO yang diadakan sebelum ini.