Dua warga asing tak sempat makan angin

PPM menahan dua lelaki warga Indonesia di Jeti Pulau Ketam, Klang hari ini.
PPM menahan dua lelaki warga Indonesia di Jeti Pulau Ketam, Klang hari ini.
A
A
A

KLANG - Hajat dua rakan warga asing untuk bersiar-siar ke Pelabuhan Klang tidak kesampaian apabila dicekup Pasukan Polis Marin (PPM) dalam operasi di Jeti Pulau Ketam di sini hari ini.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Khairuddin Jamal berkata, operasi Op Anchor itu dijalankan sepasukan anggotanya kira-kira jam 7 pagi.

"Dua lelaki warga Indonesia berusia 21 dan 25 tahun ditahan selepas pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki terbabit ditahan ketika sedang menunggu feri untuk ke Pelabuhan Klang bagi tujuan bersiar-siar," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, kedua-dua warga Indonesia itu telah dibawa ke Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut.

"Mereka dipercayai berada di negara ini sejak kira-kira dua bulan lalu Kes ini disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/64," katanya.

Artikel Berkaitan: