X

Kindly register in order to view this article
!

Sidang DUN Selangor singkat ada alasan tersirat

Mohamad Khir
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa tempoh perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dipendekkan kerana mempunyai alasan tersirat untuk menghalang Exco Agama Islam iaitu Menteri Besar sendiri daripada membentangkan satu rang undang-undang (pindaan) kemasukan agama Islam.

Mohamad Khir mendakwa, apa yang berlaku itu adalah sejarah baharu tercatat di DUN Selangor yang merupakan manifestasi dari Malaysia Baharu acuan Pakatan Harapan (PH).

"Usul pindaan ini adalah untuk mengemaskini proses seseorang ke agama Islam, maksudnya ia hanya melibatkan individu beragama Islam sahaja.

"Tindakan Speaker dari DAP menghalang Menteri Besar membawa usul tersebut adalah amat menjijikkan, lebih-lebih lagi melakukannya melalui pintu belakang," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menyifatkan tindakan DAP itu sangat pengecut dan tindakan tegas perlu diambil terhadap Speaker DUN Selangor.

"Menteri Besar mesti bertindak, jangan biarkan sikap kurang ajar ini berlarutan, ia akan merosakkan sistem demokrasi dan pembahagian kuasa antara Speaker dan kuasa eksekutif institusi Menteri Besar," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Sidang DUN Selangor dua hari cetus tanda tanya

Terdahulu, penangguhan Sidang DUN Selangor selepas hanya dua hari berlangsung menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Mengikut jadual, persidangan sepatutnya berlangsung selama sembilan hari bermula 29 Julai hingga 9 Ogos, namun mesyuarat yang bermula Isnin lalu hanya berlangsung dua hari sehingga Rabu.

Sehingga kini punca Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Kedua itu ditangguhkan tidak dapat dipastikan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!