Pasang unjam lebih banyak dekat pantai: Abdul Hadi

Dr Azman (tengah) bersama Pengarah Perikanan negeri, Zawawi Ali (dua kanan) ketika menyertai program pemasangan unjang sebelum ini.
Dr Azman (tengah) bersama Pengarah Perikanan negeri, Zawawi Ali (dua kanan) ketika menyertai program pemasangan unjang sebelum ini.
A
A
A

MARANG - Pemasangan unjam merupakan antara usaha kerajaan negeri untuk mengayakan hidupan marin dan perlu diperbanyakkan di kawasan berdekatan pantai bagi menarik perhatian ikan berkumpul.

Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang percaya usaha itu akan dapat membela nasib komuniti nelayan pesisir pantai sekiranya pemasangan unjam ditumpukan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, aktiviti turun ke laut bagi menangkap hasil laut merupakan kehidupan harian penduduk pesisir pantai, justeru pemasangan unjam di tepi pantai amat perlu dilakukan.

"Kaedah ini akan menarik ikan datang kepada unjam jika unjam dibuang di tepi-tepi pantai. Kita akan dapat banyak faedah daripada cara ini.

"Antaranya pembiakan ikan tidak diganggu sebagaimana dibuang di (tengah) laut dan (ia) boleh meningkatkan hasil tangkapan nelayan yang balik harian ini," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini.

Sebelum ini, beliau telah mengusulkan perkara itu yang kemudiannya dilaksanakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim.

"Alhamdulillah, selepas buang unjam sebelum ini pada bulan lepas, difahamkan banyak ikan yang masuk ke darat seterusnya menyebabkan hasil yang ditangkap oleh nelayan (pantai) meningkat," katanya.

Abdul Hadi menjelaskan, beliau amat memahami kehidupan nelayan dengan laut dan disebabkan itu, nelayan pesisir pantai perlu diberikan keutamaan terlebih dahulu.

Artikel Berkaitan:

"Sekarang ikan banyak berada di laut aras dalam. Laut dalam ini kepunyaan mereka-mereka yang bersaiz besar. Modal besar, orang kaya yang melibatkan rakyat asing, berbeza dengan nelayan kalangan kita.

"Oleh sebab itu apabila buang unjam di sana (kawasan laut dalam), maka ikan-ikan tersebut akan berkumpul di sana. Apa yang berlaku sekarang ini adalah (keadaan di situ) tidak terkawal.

"Di laut dalam, berlaku pencerobohan daripada rakyat asing sangat ketara. Unjam-unjam yang dibuang itu habis dan (kita) rugi begitu sahaja, juta-juta jika dicampur semua sekali," katanya.