Kembalikan kerusi DUN Pulai Sebatang kepada UMNO

Hasni (dua dari kiri) sewaktu perasmian Persidangan UMNO Bahagian Pontian semalam.
Hasni (dua dari kiri) sewaktu perasmian Persidangan UMNO Bahagian Pontian semalam.
A
A
A

PONTIAN - UMNO Bahagian Pontian meminta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang dikembalikan kepada parti itu bagi memastikan kemenangan diperoleh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Ketuanya, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, kerusi DUN Pulai Sebatang tidak pernah jatuh ke tangan pembangkang sebelum ini namun pada PRU14 lalu, mereka tewas.

Menurutnya, hanya kerusi DUN Pulai Sebatang jatuh ke tangan pembangkang dalam Parlimen Pontian yang memiliki dua DUN iaitu Benut dan Pulai Sebatang.

"Oleh itu UMNO Bahagian Pontian akan terus mengorak langkah menambahkan ahli.

"Penyatuan UMNO dan Pas memberi banyak kesan yang baik untuk sama-sama mengatur kemenangan pada PRU akan datang," katanya pada Majlis Perasmian Persidangan UMNO Bahagian Pontian oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di Dewan UMNO di sini semalam.

Hadir sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Pontian, Nazaruddin Bachok.

Hasni yang juga Pengerusi UMNO negeri berkata, penyatuan Pas dan UMNO membolehkan sekurang-kurangnya 32 kerusi dimenangi seterusnya dapat merampas semula Johor pada PRU15 nanti.

Pada PRU14 lalu, kerusi DUN Pulai Sebatang dimenangi Taqiuddin Cheman (PKR) selepas memperoleh 14,507 undi menewaskan Datuk Tee Siew Kiong (BN) yang mendapat 11,112 undi dan calon Pas, Dr Baharom Mohamad (2,975 undi).

Artikel Berkaitan: