KBS diminta beri perhatian sukan berkuda

Seramai 10 peserta menyertai Kursus Asas Penjagaan Kuda semalam.
Seramai 10 peserta menyertai Kursus Asas Penjagaan Kuda semalam.
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Belia dan Sukan diminta memberi perhatian terhadap kelab-kelab sukan berdaftar khususnya di Kelantan bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan umum terhadap sukan berkenaan.

Pengerusinya, Ahmad Faris Yusof berkata, sukan tersebut memerlukan sokongan pelbagai pihak bagi memastikan pembangunan sukan berkuda di peringkat negeri ditambah baik.

"Program sebegini boleh diperluaskan bukan sahaja untuk belia lelaki tetapi juga wanita.

"Ia memerlukan sokongan banyak pihak bagi memberi peluang kepada belia mendekatkan diri dengan sukan sunnah ini," katanya.

Sementara itu, K4 Horse Riding Club buat julung kalinya mengadakan Kursus Asas Penjagaan Kuda, dekat sini semalam.

Penyelaras program, Faten Nur Ain Syakira Mohd Yusoff berkata, kursus tersebut disertai 10 peserta dari sekitar daerah negeri ini bertujuan berkongsi ilmu mengenai asas penjagaan kuda dan menarik minat terhadap sukan berkuda.

"Kita mahu menarik lebih ramai belia untuk menimba ilmu berkaitan penjagaan kuda.

"Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang menyertai kursus kali ini," katanya.

Artikel Berkaitan: