51 atlet kanak-kanak Kemas wakili Terengganu

Peserta jahitan bergambar kenangan bersama Faridah (barisan kedua, empat dari kiri) dan kakitangan Kemas sewaktu Majlis Penyerahan Kit Peralatan Kursus Quick Win Pastri dan Jahitan Variasi Jubah di Pejabat Kemas Parlimen Hulu Terengganu.
Peserta jahitan bergambar kenangan bersama Faridah (barisan kedua, empat dari kiri) dan kakitangan Kemas sewaktu Majlis Penyerahan Kit Peralatan Kursus Quick Win Pastri dan Jahitan Variasi Jubah di Pejabat Kemas Parlimen Hulu Terengganu.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Terengganu menghantar seramai 51 atlet untuk berentap pada Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan 2019 dijadualkan September depan di Pulau Pinang.

Pengarahnya, Dr Faridah Mat berkata atlet-atlet tersebut merupakan kanak-kanak dari taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) Kemas yang telah terpilih bermula di peringkat Parlimen dan seterusnya ke peringkat negeri.

"Pada tahun ini, hari potensi peringkat kebangsaan dijadualkan 4 hingga 7 September depan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Acara hari potensi ini bergilir-gilir antara sukan dan juga bakat.

"Kemas Terengganu akan menghantar 51 atlet yang dipilih daripada 19,000 kanak-kanak Tadika Kemas untuk berentap dalam enam acara sepanjang kejohanan berlangsung. Antaranya ialah bola sepak, bola jaring, gerak kreatif, rounders serta larian.

"Buat masa ini, semua atlet terlibat sedang giat jalani latihan untuk berikan aksi terbaik nanti terutamanya acara bola sepak. Dua tahun lepas kita rangkul juara, sebolehnya kita ingin pertahankannya kerana bola sepak ini ibarat ibu segala piala," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kit Peralatan Kursus Quick Win Pastri dan Jahitan Variasi Jubah kepada 30 peserta di Pejabat Kemas Parlimen Hulu Terengganu di sini.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Penyelia Kanan Kemas Parlimen Hulu Terengganu, Mohamad Sahari Musa.

Dalam perkembangan lain, Faridah berkata, seramai 325 usahawan seluruh Terengganu dilahirkan melalui kursus tersebut tahun ini dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM680,000.

Artikel Berkaitan:

"Kita harap, kalau tidak 100 peratus pun, sekitar 70 hingga 80 peratus peserta jalani kursus Quick Win ini dapat capai sasaran sebagaimana diharapkan selepas sertai kursus ini. Tahun lepas, semua peserta mampu peroleh pendapatan bulanan melebihi RM1,000.

"Mereka ini dalam tempoh setahun akan dipantau pegawai-pegawai peringkat daerah.

"Apabila dipantau, ada yang perlukan kursus bimbingan dan sebab itu boleh berjaya antaranya pemasaran atas talian serta pembungkusan.

Beliau berkata, pencapaian peserta juga membanggakan apabila antaranya mampu memperoleh pendapatan antara RM1,000 hingga RM1,500 selepas mengikut Quick Win berbanding hanya sekitar RM225 hingga RM425 sebulan sebelumnya.