SKM bantu baik pulih madrasah

Nordin (kanan) menyerahkan replika cek kepada Mohd Khairul Amin bagi sumbangan baik pulih bumbung dan pendawaian elektrik Madrasah Qiraati Ar-Rahmaniah di Kampung Geting semalam.
Nordin (kanan) menyerahkan replika cek kepada Mohd Khairul Amin bagi sumbangan baik pulih bumbung dan pendawaian elektrik Madrasah Qiraati Ar-Rahmaniah di Kampung Geting semalam.
A
A
A

TUMPAT - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyumbangkan RM10,000 kepada Madrasah Qiraati Ar-Rahmaniah Kampung Geting di sini untuk membaik pulih bumbung rosak akibat ribut.

Pengajian kelas al-Quran dan Fardu Ain di madrasah tersebut terpaksa dihentikan serta-merta dan 600 pelajarnya terpaksa belajar di luar bilik darjah selepas bumbung rosak akibat dilanda ribut 15 Jun lalu.

Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh berkata, SKM melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) prihatin dan menyalurkan bantuan kewangan untuk membaik pulih madrasah berkenaan.

Beliau berkata, sumbangan diberikan kepada masyarakat selaras dengan prinsip ketujuh iaitu prihatin kepada masyarakat.

“Bumbung madrasah yang rosak akan dibaiki termasuk pendawaian elektrik sekali.

“Kita prihatin kerana kejadian itu menyebabkan pelajar di sini terdiri daripada anak-anak anggota koperasi dan penduduk setempat hilang tempat belajar,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan replika cek RM10,000 tersebut semalam.

Nordin (kanan) bersama Mohd Khairul Amin (dua kanan) meninjau pembinaan bumbung Madrasah Qiraati Ar-Rahmaniah Kampung Geting.
Nordin (kanan) bersama Mohd Khairul Amin (dua kanan) meninjau pembinaan bumbung Madrasah Qiraati Ar-Rahmaniah Kampung Geting.

Artikel Berkaitan: