Tiada jalan belakang kepada bekas ahli UMNO

Mohd Yusof (kiri) menyerahkan anugerah khas dan gambar potret kepada Ahmad Bashah (kanan) sebagai penghargaan atas sumbangan beliau terhadap UMNO Kedah sambil disaksikan Dr Asyraf Wajdi (tengah).
Mohd Yusof (kiri) menyerahkan anugerah khas dan gambar potret kepada Ahmad Bashah (kanan) sebagai penghargaan atas sumbangan beliau terhadap UMNO Kedah sambil disaksikan Dr Asyraf Wajdi (tengah).
A
A
A

ALOR SETAR - Bekas pemimpin UMNO yang berhasrat kembali ke pangkuan parti itu hendaklah mendaftar semula mengikut prosedur biasa kerana tiada jalan belakang atau istimewa diberikan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kemasukan semula bekas wakil rakyat mahupun pemimpin setempat tidak akan diberikan semula kedudukan istimewa, sebaliknya mereka harus mendaftar sebagai ahli biasa.

“Ada yang kecewa tidak dapat apa yang dijanjikan Pakatan Harapan (PH). Jadi saya ingatkan kepada pemimpin yang masih berkira-kira untuk pergi ke sebelah sana, mereka harus lihat jika rakyat pun mudah ditipu, apatah lagi pemimpin UMNO,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Dr Asyraf Wajdi berkata, biarpun fenomena lompat parti berlaku dalam kalangan pimpinan bahagian, sayap Pemuda tidak terpengaruh dengan gelombang itu.

“Pemuda antara yang masih kukuh pertahankan parti dalam apa jua keadaan sekalipun, malah sejak awal lagi bergerak sebaik sahaja selesai pemilihan dan kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya.

Artikel Berkaitan: