Perbalahan adik-beradik berakhir tragedi

Lokasi mangsa alami sawan sebelum disahkan meninggal dunia.
Lokasi mangsa alami sawan sebelum disahkan meninggal dunia.
A
A
A

PORT DICKSON - Perbalahan antara abang dan adik mengenai tanah pusaka di Kampung Bagan Pinang, Batu 3 di sini, pagi tadi berakhir dengan tragedi apabila si adik meninggal dunia akibat sawan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian jam 11 pagi itu berlaku selepas perbalahan antara adik-beradik itu dileraikan ahli keluarga.

"Mangsa berusia 55 tahun telah datang ke rumah abangnya berusia 57 tahun dalam keadaan marah-marah kerana tidak berpuas hati soal pembahagian lot tanah pusaka yang masih dalam perbicaraan.

"Kemudian berlaku pergelutan antara mangsa dan abangnya namun berjaya dileraikan ahli keluarga selepas lima minit," katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun katanya, mangsa telah masuk ke dalam longkang berhampiran selepas mendapati telefon bimbitnya terjatuh ketika pergelutan itu berlaku.

Namun kata Aidi Sham, ketika berada di dalam longkang mangsa secara tiba-tiba terduduk dan terus tidak sedarkan diri.

"Ahli keluarga telah menghantarnya ke Hospital Port Dickson untuk rawatan namun disahkan telah meninggal dunia.

"Pemeriksaan mendapati mangsa meninggal dunia kerana sawan," katanya.

Artikel Berkaitan: