Fast & Furious: Hobbs & Shaw tampil aksi dan lakonan seimbang

Antara aksi dalam filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw
Antara aksi dalam filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw
A
A
A

KEJAYAAN lapan siri francais filem Fast & Furious secara tidak langsung telah menemukan dua pelakon hebat iaitu Dwayne Johnson dan Jason Statham.

Bermula dengan Furious 7 (2015), ‘permusuhan’ dua pelakon ini seterusnya dapat dilihat dalam The Fate of the Furious pada tahun 2017.

Dek keberkesanan lakonan dan ‘pertembungan’ antara Ejen Persekutuan yang berkhidmat untuk Perkhidmatan Keselamatan Diplomatik, Luke Hobbs (lakonan Johnson) dengan Deckard Shaw (lakonan Statham), bekas anggota pasukan khas yang berpaling tadah telah memberi idea kepada pihak produksi untuk menghasilkan sebuah filem spin-off yang berkisar mengenai dua watak ini.

Kedua-dua pelakon ini tampil dengan lakonan serta aksi yang seimbang.

Tidak ada istilah cuba bersaing atau menyerlah di antara satu sama lain sebaliknya aksi dan keletah mereka akan membuatkan penonton terhibur biarpun dalam situasi cemas.

Oleh kerana ini adalah sebuah filem spin-off, maka tidak ada aksi perlumbaan kereta yang sinonim dengan Fast & Furious, sebaliknya penonton akan dihidangkan dengan aksi mantap membabitkan dua watak ini yang diberikan misi oleh CIA (Central Intelligence Agency).

Antara aksi dalam filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw
Antara aksi dalam filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw

Kisah filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw ini membawa penonton dua tahun selepas kejadian dalam Fast and Furious 8, mengikuti kisah Ejen Persekutuan, Luke Hobbs dan bekas ahli pasukan khas yang kini menjadi pembunuh upahan iaitu Deckard Shaw.

Artikel Berkaitan:

‘Permusuhan’ mereka masih berlanjutan sehingga membuatkan mereka pada awalnya enggan bekerjasama dalam melaksanakan satu misi.

Bagaimanapun mereka akhirnya bersatu untuk menumpaskan seorang anarkis siber-genetik hebat, Brixton, yang telah menguasai satu virus berbahaya yang mampu mengubah masa depan manusia.

Penulis skrip, Chris Morgan berjaya tampil dengan sebuah jalan cerita menarik dan pengarah, David Leitch berjaya menterjemah serta menyusun plot dengan baik.

Bagi babak aksi, tidak perlu diulas lagi kerana kedua-duanya memang hebat dengan filem bercorak sebegini.

Antara aksi dalam filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw
Antara aksi dalam filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw

Passing filem ini juga cepat, ada ketikanya tidak boleh dijangka, tidak juga terlalu meleret atau terlalu membosankan.

Penglibatan para pelakon juga cukup menarik, lebih-lebih lagi Idris Elba yang tampil dengan sisi berbeza menerusi watak antagonis sebagai Brixton Lore yang pernah menjadi rakan seangkatan Shaw.

Cuma entah kenapa, tatkala melihat lakonan dan aksi Vanessa Kirby, ia mengingatkan penulis dengan persembahan sama oleh Scarlett Johansson dalam filem aksi beliau.

Bagaimanapun ini hanya pandangan penulis sahaja. Secara keseluruhan, ia adalah sebuah filem yang menarik dan tidak keterlaluan untuk mengatakan anda tidak bosan sekiranya perlu menonton filem ini lebih daripada sekali.

Bagi anda yang sudah menonton, jangan lupa sertai peraduan istimewa filem ini, hanya di akhbar Sinar Harian, hari ini sahaja.