500 PPDA perlu jalani PSD

A
A
A

TRONOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan kesemua 500 pegawai Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) seluruh negara menjalani kursus Penyelam Keselamatan Awam (PSD) dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Datuk Soiman Jahid berkata, kursus itu akan dilaksanakan di lima akademi bomba seluruh negara bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keperluan tugas menyelamat.

Menurutnya, usaha itu membolehkan semua pegawai selam jabatan berkenaan mempunyai pengetahuan, kemahiran, kebolehan dan kemampuan membuat penilaian risiko.

“Melalui pengetahuan yang diperoleh sepanjang 28 hari kursus kita dapat menyelamat mangsa sekali gus mengurangkan jumlah kematian membabitkan aktiviti di air,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutupan Kursus PSD Siri 1/2019 semalam.

Beliau turut menyampaikan sijil dan lesen Pengajar Bawah Laut Kebangsaan (NAUI) kepada 20 peserta di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Latihan JBPM, Abdul Razak Muda dan Pengarah JBPM Perak, Azmi Osman.Katanya, purata kes kematian mangsa lemas lebih besar berbanding kebakaran apabila mencatatkan 327 kes pada 2017, 301 (2018) dan 123 kes sehingga Jun lalu.

“Kemalangan ini boleh dielak jika ada kesedaran melalui kempen keselamatan di air,” katanya.

Artikel Berkaitan: