Ular mainan rupanya...

Ular mainan yang ditemui selepas pihak bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan kehadiran haiwan berbisa di Tropicana Golf di sini semalam.
Ular mainan yang ditemui selepas pihak bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan kehadiran haiwan berbisa di Tropicana Golf di sini semalam.
A
A
A

PETALING JAYA - Panggilan kecemasan diterima pasukan bomba dan penyelamat berhubung kehadiran haiwan berbisa di Tropicana Golf di sini semalam rupanya hanyalah seekor ular mainan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 12.53 tengah hari.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7 Petaling Jaya bergegas ke lokasi dan tiba 22 minit kemudian.

“Pemanggil beritahu ternampak seekor ular di atas pokok di kawasan berkenaan.

“Hasil pencarian anggota bomba menemui seekor ular mainan plastik,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Artikel Berkaitan: