Aktiviti joging bertukar tragedi, seorang maut akibat langgar lari

Mangsa yang maut dalam kejadian tersebut, petang semalam. - Foto ihsan orang awam dari Facebook, Info Bencana Pahang dan Luar Pahang.
Mangsa yang maut dalam kejadian tersebut, petang semalam. - Foto ihsan orang awam dari Facebook, Info Bencana Pahang dan Luar Pahang.
A
A
A
TEMERLOH - Aktiviti riadah dua sahabat bertukar tragedi selepas salah seorang daripada mereka maut akibat kes langgar lari di Kilometer 3 Jalan Industri, Bypass, Mentakab petang semalam.

Dalam kejadian jam 5.17 petang itu, mangsa Norzaman Samah,44, tercampak ke dalam longkang selepas pelanggaran tersebut dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala rakannya, Mohamad Ibrahim Abdullah,23 cedera parah akibat kejadian terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kedua-dua sahabat itu sedang berjoging di bahu jalan dari arah kawasan perindustrian itu menghala ke Chatin.

Kedua-dua mereka sedang berjogging di bahu jalan, tiba-tiba datang sebuah kereta dari arah belakang melanggar mereka.

"Secara tiba-tiba kenderaan terbabit melanggar kedua-dua mangsa terbabit.

"Menurut saksi yang berada di arah bertentangan, mangsa dilihat tercampak ke dalam longkang dan kenderaan berkenaan melarikan diri," katanya lagi.

Ujarnya, mangsa yang meninggal dunia itu telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat.

"Manakala mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian muka masih dirawat di wad kecemasan di hospital yang sama, "katanya.
Artikel Berkaitan:


Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.

Berdasarkan siasatan, polis berjaya mengesan pemandu kereta berkenaan di tempat kerjanya di Mentakab di sini.