Bersatu Johor sokong Tun M jadi PM hingga akhir penggal

Dr Mahathir - FOTO ZAHID IZZANI
Dr Mahathir - FOTO ZAHID IZZANI
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bersatu Johor menyokong penuh kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal.

Pengerusinya, Mazlan Bujang berkata, kepimpinan Dr Mahathir boleh menyumbang banyak manfaat kepada rakyat dan negara ini.

"Bersatu Johor menyokong penuh kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-7.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmin sokong Tun M jadi PM hingga akhir penggal

Sokong Tun M tidak bermaksud tolak Anwar, kata Azmin

"Kami juga berpendapat beliau sepatutnya diberikan laluan sepenuhnya untuk mentadbir Malaysia hingga ke akhir penggal bagi mewujudkan iklim kestabilan politik negara yang sudah tentu boleh menyumbang banyak manfaat kepada rakyat dan negara," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kewibawaan Pengerusi Bersatu itu sudah lama terbukti dan mendapat banyak pengiktirafan serata dunia.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pemimpin yang cuba 'mengganggu' tempoh pemerintahan itu agar lebih sayangkan negara daripada kepentingan politik peribadi.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dalam tempoh dua atau tiga tahun, walaupun ada pihak mahu beliau kekal sehingga habis penggal.

Kata Pengerusi Bersatu itu, sesiapa sahaja berhak memberi pendapat supaya beliau kekal sebagai Perdana Menteri, namun beliau tetap berpegang kepada janji.

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengalu-alukan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan pendirian parti itu dan UMNO menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal.