Hero cilik selamatkan keluarga dari kebakaran

Jaya bersama Thambi (kanan) menerima sumbangan disampaikan oleh Mas Imran (kiri).
Jaya bersama Thambi (kanan) menerima sumbangan disampaikan oleh Mas Imran (kiri).
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tindakan pantas seorang kanak-kanak yang mengejutkan ahli keluarganya ketika kebakaran di rumah sewa mereka mendapat pujian ramai selepas kisah itu tersiar di akhbar.

Lim Kin Lon atau nama manjanya Thambi, 6, berjaya menyelamatkan ahli keluarganya selepas menyedari rumah sewa mereka di Jalan Jelatang 23, Taman Megah Ria, terbakar dalam kejadian 12.30 tengah malam, kelmarin.

Ibu Kin Lon, R Jaya, 43, sangat bersyukur kerana ketika kejadian, mereka lima beranak sedang nyenyak tidur di rumah yang dihuni sejak tiga tahun lalu, namun terselamat dari musibah selepas dikejutkan oleh anak bongsunya itu.

"Ramai puji Thambi dan menghulurkan sumbangan lebih-lebih lagi, kami tinggal sehelai sepinggang selepas kejadian itu.

"Syukur, beberapa jiran turut menghulurkan sumbangan tanpa mengira bangsa dan keturunan, malah ada yang mengunjungi keluarga bagi memberi sokongan moral termasuk jiran yang menghulurkan bantuan makanan selain pakaian.

"Guru sekolah turut menyampaikan sumbangan pakaian sekolah," katanya.

Thambi (tengah) ceria menerima sumbangan pakaian dari Pasaraya Econsave Cash And Carry Permas Jaya hari ini.
Thambi (tengah) ceria menerima sumbangan pakaian dari Pasaraya Econsave Cash And Carry Permas Jaya hari ini.

Jaya berkata demikian selepas menerima sumbangan barangan dapur dan peralatan persekolahan bernilai RM1,000 dari Pasaraya Econsave Cash And Carry Permas Jaya di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Mengulas sumbangan diterima, wanita berkenaan turut berterima kasih atas keprihatinan pasar raya berkenaan membantunya sekeluarga dan akan menggunakan sumbangan tersebut sebaik mungkin.

Mengulas lanjut, Jaya turut meluahkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan ahli keluarganya yang masih menetap di rumah sama dengan menggunakan tingkat atas.

Menurutnya, ruangan tersebut turut berisiko kerana mengalami kerosakan dalam kebakaran, namun menjelaskan tiada pilihan lain berikutan kekangan kewangan apatah lagi suaminya, Lim Chen Chai, 39, hanya tukang cuci pinggan di sebuah premis di Singapura dan keluarga berkenaan masih menyara tiga anak bersekolah.

Katanya, dia dan sekeluarga ketika ini menetap di rumah berkenaan tanpa kemudahan elektrik.

.