Gempa bumi: Rakyat Malaysia di Jakarta diminta waspada

Penduduk tempatan keluar daripada kediaman masing-masing selepas Jakarta digegarkan dengan gempa berukuran 7.4 skala Richter. - Foto AFP
Penduduk tempatan keluar daripada kediaman masing-masing selepas Jakarta digegarkan dengan gempa berukuran 7.4 skala Richter. - Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Rakyat Malaysia yang berada di sekitar kawasan gempa bumi Indonesia diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga serta mengikuti arahan terkini yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memberitahu peringatan tsunami turut dikeluarkan oleh Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia susulan kejadian itu di kawasan persisiran pantai di Banten, Bengkulu, Jawa Barat dan Lampung.

Menurut kenyataan itu, rakyat Malaysia yang terjejas dan memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi pegawai bertugas di talian +62215224947 atau +6281380813036.

“Gempa bumi 7.4 magnitud berpusat di perairan 147 kilometer (km) Barat Daya Banten berlaku pada 2 Ogos, jam 7.03 malam (waktu Indonesia Barat),” kata kenyataan itu.

Sementara itu, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pusat gempa itu terletak 263 kilometer Barat Daya dari Cilegon dengan kedalaman 103 km.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia menurut kenyataan itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:

Gempa kuat gegar Banten, Indonesia keluar amaran tsunami

Artikel Berkaitan:

Gempa di Jakarta: Duta, wartawan Malaysia selamat