Lelaki terjun Sungai Golok ditemui lemas

Mayat mangsa ditemui kira-kir jam 3 petang.
Mayat mangsa ditemui kira-kir jam 3 petang.
A
A
A
RANTAU PANJANG - Seorang lelaki yang dipercayai terjun Sungai Golok, berhampiran pangkalan haram Pak Awang ditemui lemas, hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Pegawai Kanan 1, Zaimi Selamat berkata, mayat Mohd Bakri Mat Yusoff ditemui kira-kira jam 3 petang oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) selepas operasi mencari dan menyelamat kembali disambung awal pagi tadi.

"Mayat mangsa ditemui kira-kira 500 meter dari tempat dia dilihat terjun," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, seramai 20 anggota terdiri dari PPDA Kota Bharu, Pengkalan Kubor dan anggota balai Rantau Panjang serta Pasukan Bomba Sukarela Wakaf Bharu terlibat dalam operasi tersebut.
Artikel Berkaitan:


Katanya, ia turut dibantu polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Mas.