Polis kesan lelaki tikam bekas isteri, suami

Lokasi kejadian suami isteri ditetak berhampiran sebuah bank di bandar Kuala Krai. Gambar kecil, Wan Fauzi.
Lokasi kejadian suami isteri ditetak berhampiran sebuah bank di bandar Kuala Krai. Gambar kecil, Wan Fauzi.
A
A
A

KUALA KRAI - Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Pakistan dipercayai terlibat dalam kes tikam bekas isteri serta suaminya sehingga kedua-duanya cedera parah dalam kejadian di hadapan sebuah bank di bandar Kuala Krai semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak berkata, suspek dikenali sebagai Sultan berusia 50-an dipercayai tinggal di daerah ini.

"Bagaimanapun sehingga kini suspek masih bebas. Selepas kejadian kita telah membuat serbuan di rumah yang didiami suspek, namun gagal menemuinya," katanya.

Wan Fauzi berkata, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 48 dan 45 tahun yang dirawat di Hospital Kuala Krai kini berada dalam keadaan stabil.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri parah ditetak

Artikel Berkaitan: